Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Kari Mak Panas"


Tips

Jika mahu kuah yg agak pekat lebihkan kentang utk memekatkan kuah

Ingredients

Bahan Utama
Ayam - Dipotong Kecil 1 ekor
Udang 500 gm
Chicken Ball 1/2 peket
Tauhu Apong 1 peket
Ubi Kentang - Goreng Dan Ditumbuk Lumat 4 biji
Santan 1 liter
Bahan Untuk Menumis
Kayu Manis 1 batang
Bunga Lawang 2 kuntum
Cengkih 2 kuntum
Pelaga 4 biji
Daun Kari 2 tangkai
Serai - Ambil Bahagian Yg Putih (Dititik) 2 batang
Rempah Kari Baba's 1 peket
Minyak Secukupnya
Bahan Untuk Dikisar
Cili Kering 20 tangkai
Bawang Putih 4 ulas
Bawang Merah 8 ulas
Lengkuas 1 inci
Halia 1 inci
Udang Kering 1 peket
Buah Keras 3 biji
Bahan Untuk Stock
Kulit + Kepala Udang 500gm
Air 500 ml
Bahan Perasa
Garam Secukup rasa
Gula Melaka 1 buku
Kiub Ayam Knor 1 buku
Bahan Sampingan
Sawi - Dicelur 100 gm
Telur - Direbus 5 biji
Taugeh - Dicelur Segenggam
Daun Sup - Dihiris Secekak
Cili Jeruk Secukupnya

Instructions

Cara buat stock

1

Udang 500gm dibuang kepala dan kulitnya
Cuci bersih kepala dan kulit udang tersebut kemudian rebus dengan 500ml air

2

Selepas itu blend kulit udang tersebut dan tapis airnya
Ketepikan

Bahan kisar

1

Campurkan semua bahan didalam pengisar, kisar sehingga lumat
Ketepikan

Bahan untuk menumis

1

Panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
Kemudian masukkan serai dan daun kari

2

Bila dah naik bau, masukkan bahan yang dikisar tadi, dan juga remoah kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air
Tumis hingga pecah minyak

3

Kemudian barulah masukkan bahan utama iaitu ayam
Masukkan juga udang
Kacau sebentar

4

Masukkan stock udang
Masukkan kiub ayam, garam dan gula melaka

5

Masukkan santan
Biar sehingga mendidih
Masukkan kentang yang ditumbuk lumat tadi
Kemudian masukkan pula chicken ball dan tauhu apong

6

Kacau sebentar bila kuah dah kelihatan pekat tutup api
Sedia untuk dihidang berasama bahan2 sampingan seperti sawi, telur, taugeh dan bawang goreng.