Back to Recipe Print

Recipe for "Jantung Goreng "


Tips

Jika mahu pedas boleh letakkan cili padi.

Ingredients

Jantung Pisang Sebiji
Ikan Bilis Segenggam
Bawang Merah Sebiji - dihiris nipis
Bawang Putih 2 biji - dihiris nipis
Daun Sup Setangkai - potong halus
Garam Secukup rasa
Lada Hitam Secubit
Air Secukupnya untuk merebus jantung

Instructions

1

Basuh bersih jantung pisang. Isikan periuk dengan air untuk merebus dahulu jantung pisang itu. Setelah lembut keluarkan, belah 4 dan biarkan sejuk.

2

Jantung pisang yang telah sejuk tadi boleh dipotong halus secara menyerong. Hiris bawang merah dan bawang putih dengan halus.

3

Panaskan minyak. Kemudian tumis ikan bilis dahulu. Apabila ikan bilis sedikit garing, masukkan pula bawang putih dan seterusnya bawang merah.

4

Selepas bawang telah lembut, jantung pisang yang dipotong halus tadi pula dimasukkan. Gaul rata. Biarkan seminit dan masukkan daun sup.

5

Akhir sekali perasakan dengan secubit lada hitam dan garam secukup rasa.