Back to Recipe Print

Recipe for "Donut Gebu"


Tips

1. Rehatkan doh dengan cara menutup bekas berisi doh dengan menggunakan kain / penutup.

2. Goreng donut dengan menggunakan minyak yang banyak / deep fried.

3. Terbalikkan donut semasa menggoreng supaya donut masak sepenuhnya.

Ingredients

Tepung Gandum 500 gram
Yis Kering 11 gram / 1 paket kecil
Marjerin 50 gram
Lemak Sayur / Shortening 20 gram
Susu Pekat Manis 20 gram
Telur 1 biji
Air 100 ml
Garam 2 cubit
Minyak Untuk Menggoreng Secukupnya
Gula Ising Secukupnya

Instructions

1

Dengan menggunakan tangan, satukan tepung, garam, marjerin & lemak sayur dalam bekas besar. Ramas hingga menjadi crumble.

2

Masukkan telur & gaul sebati. Kemudian tuangkan campuran susu pekat & 100 ml air. Uli hingga menjadi doh.

3

Tuang yis dalam cawan kecil & tambah 1 sudu besar air. Kacau sekejap & biarkan selama 2 minit, kemudian tuang ke dalam doh sedikit demi sedikit.

4

Uli doh hingga sebati dan lembut. Jika doh lembik, tambah tepung. Jika doh keras tambahkan air.

5

Rehatkan doh hingga doh naik 2x ganda. Kemudian uli doh sekali lagi & bolehlah dicanai dan tekap menggunakan doughnut mould.

6

Rehatkan doh sekali lagi hingga naik 2x ganda kemudian bolehlah digoreng hingga berwarna kuning keemasan.

7

Tabur gula ising di atas donut dan bolehlah dihidang.