Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Kicap Jawa"


Tips

1. Uuntuk rasa lebih sedap, gunakan lebihan minyak goreng ayam untuk menumis bahan.

2. Jika mahu pedas, boleh ditambah dengan cili kering.

Ingredients

Ayam 6 ketul
Serbuk Kunyit 1 sudu besar
Garam Secukup rasa
Ketumbar* 1 sdk
Jintan Manis* 1 sdk
Jintan Putih* 1 sdk
Bawang Putih* 3 ulas
Bawang Merah* 5 biji
Halia* 1 inci
Kunyit Hidup* 1 inci
Bunga Lawang 4-5 biji
Kayu Manis 1 batang
Buah Pelaga 2 biji
Minyak Masak Secawan
Air 1 cawan
Santan Pekat 1 cawan
Suhun 50g
Kentang Sebiji
Gula Secukup rasa

Instructions

1

Cuci ayam dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.

2

Panaskan minyak. Goreng ayam sampai masak, dan ketepikan.

3

Blend semua bahan yg bertanda (*).

4

Panaskan minyak, tumis kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga hingga naik bau dan masukkan bahan yg bertanda (*).

5

Setelah naik bau, masukkan air. Tumis sehingga air sedikit kering.

6

Kemudian, masukkan santan, kentang dan suhun. Kacau sebati sehingga kentang empuk.

7

Setelah kentang empuk, masukkan ayam yg telah digoreng terlebih dahulu tadi.

8

Kacau sebati. Perisakan dengan garam dan gula. Agak-agak hampir kering, boleh lah diangkat. Siap!