Back to Recipe Print

Recipe for "Telur Bungkus"


Tips

Hati-hati semasa melipat telur untuk mendapatkan telur bungkus yang cantik.

Ingredients

Telur 2 biji
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Sos Cili 1 sudu besar
Bawang Besar 1/2 biji
Bawang Putih 1 ulas
Daging Cincang 100 gram
Sayur Campur 100 gram
Cili Kisar 2 sudu besar

Instructions

1

Mula-mula sediakan inti telur bungkus dahulu.Tumis bawang besar dan bawang putih.

2

Masukkan cili kisar.

3

Masukkan sos cili,gula dan garam secukup rasa.

4

Masukkan daging cincang dan akhir sekali masukkan sayur campur.Siap inti,ketepikan dahulu.

5

Pecahkan telur dan pukul telur.

6

Goreng telur dengan minyak yang panas dan api yang perlahan.

7

Ratakan telur di permukaan kuali.

8

Masukkan inti di atas telur dan mula melipat telur dengan hati-hati.

9

Ambil pinggan dan terkupkan pinggan diatas kuali yang berisi telur dilipat bersama inti tadi.

10

Perlahan-lahan terbalikkan kuali untuk mendapatkan telur bungkus yang cantik.