Back to Recipe Print

Recipe for "Resepi Sambal Kering Kentang Dan Ikan Bilis"


Tips

Sambal kering ni memang sungguh sedap..lebih lagi bila dimakan bersama lauk berkuah seperti sup ayam atau sup daging.

Ingredients

Kentang 3 biji
Ikan Bilis 1 mangkuk
Bawang Merah, Hiris Nipis 3 ulas
Bawang Merah, Hiris Nipis 2 ulas
Sos Tiram 1 sudu kecil
Cili Kisar 3 sudu besar
Sos Cili 3 sudu besar
Garam Dan Gula Secukup rasa
Kacang Tanah Setengah mangkuk

Instructions

1

Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh

2

Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas.

3

Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.

4

Goreng kacang Tanah hingga garing. Selepas itu goring ikan bilis pula

5

Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.

6

Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

7

Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika.

8

Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis, kacang dan kentang goreng

9

Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.