Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Caramel"


Tips

1)nak buat puding karamel kita boleh bakar atau kukus. Tapi saya cadangkan anda semua untuk mengukus sebab puding akan jadi lembut dan licin

2) periuk tu maksud saya loyang yang awak buat acuan puding

3) gula jangan terlebih cairkan atau sampai jadi terlampau gelap semasa cairkan sebab nanti gula akan rasa pahit

Ingredients

Susu Cair 1 tin
Gula 350 gram
Gula 300 gram
Air Sama dengan 1 tin susu cair
Esen Vanilla Satu sudu teh
Perisa Oren Satu sudu teh
Telur 7 biji

Instructions

1

Caramelkan gula 300 gram. panaskan periuk kemudian caramelkan gula. Jangan letak air. bila gula cair jadi kekuningan itu sudah siap

2

Campurkan semua bahan-bahan sampai sebati dan sehingga gula larut

3

Masukkan campuran ke dalam periuk/bekas yang kita cairkan gula tadi

4

Kukus selama 15 minit. selepas 10-15 minit cucuk pakai garfu kalau tidak melekat maksudnya puding anda sudah siap.

5

Masukkan dalam peti ais. puding enak dimakan ketika sejuk