Bahan Bawah | |
Beras Pulut* | 2 cawan |
Santan Pekat | 75ml |
Air | 225 ml |
Garam | 1 sudu teh |
Bahan Atas | |
Telur | 2 biji |
Santan Pekat | 125ml |
Air | 75ml |
Tepung Gandum | 4 sudu besar |
Gula | ¾ cawan |
Garam | ½ sudu teh |
Perisa Pandan | 1 sudu teh |
Pewarna Hijau* | 1/8 sudu teh |
Alat pengukus disediakan terlebih dahulu, pastikan air mendidih.
Pindahkan ke loyang dan kukuslah selama kurang lebih 20 minit, dibuka dan kacau sedikit bagi memastikan pulut dan santan sebati.
Sambung mengukus dalam 10 minit.
Setelah siap kukus, menggunakan belakang senduk nasi dan plastic, tekan mampatkan pulut ke dalam loyang supaya padat, ketepikan.
Bahagian atas boleh disediakan semasa menunggu pulut dikukus.
Di dalam pengisar, masukkan kesemua bahan kedalam pengisar dan kisar sebati dalam kurang lebih seminit.
Setelah itu tuang adunan ke atas Bahagian bawah dan kukuslah selama 45 minit.
Kuih Seri Muka disejukkan dulu sebelum dipotong untuk dihidangkan.