Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Tomato Senangnyeeee... (Resipi Nasi Sahaja)"


Tips

Masaklah dengan penuh kasih sayang :)

Ingredients

Beras @ Beras Basmathi 5 cawan
Susu Cair 1/2 cawan
Tomato (Cincang) 4 biji
Minyak Sapi @ Marjerin 2 sudu besar
Garam Sesedap rasa
Air Ikut sukatan beras
Bahan Untuk Ditumis
Bawang Putih (Hiris) 3 ulas
Bawang Merah (Hiris) 5 ulas
Halia (Hiris) 1 inci
Buah Pelaga 3 biji
Bunga Cengkih 3 biji
Bunga Lawang 2 biji
Kulit Kayu Manis 1 inci

Instructions

1

Campur dan panaskan minyak sapi + minyak masak (kalau nak senang gunakan terus periuk nasi yang nak pakai nanti)

2

Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah empat sekawan sampai naik bau wangi dan kekuningan

3

Masukkan susu cair + tomato + sos tomato + garam. Gaul rata.

4

Tambah air dan biarkan mendidih

5

Masukkan beras dan daun pandan. Kacau-kacau sikit, lepas tu bolehlah angkat terus masuk dalam periuk letrik itu. Biarkan masak macam biasa.

6

Sementara nak masak tu, jenguk-jenguklah bila agak-agak air dah nak kering. Kacau rata, atas ke bawah, pusing.... supaya nasi tu cantik je nanti.

7

Selesai dan siap untuk di makan.

8

Sedap dihidangkan bersama ayam masak merah, jelatah, dalca atau dimakan begitu saja.. Untuk resepi ayam masak merah, kena tunggu entri yang seterusnya