Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Puding Karamel"


Tips

Jangan biarkan karamel terlalu gelap kerana rasanya akan menjadi pahit.

Ingredients

Bahan Untuk Gula Hangus
Gula 1 1/2 sudu besar
Bahan Untuk Puding
Fresh Milk / Susu Cair 400ml
Kuning Telur (Putih Telur Masukkan Terus Ke Dalam Mangkuk Pengadun Untuk Meringue Nanti) 3 biji
Telur 2 biji
Gula Castor 140 gram
Esen Vanila 1 sudu kecil
Bahan Untuk Kek
Putih Telur ( 3 Biji Putih Telur Dari Bahan Puding + Dgn 3 Biji Putih Telur Baru) 6 biji
Kuning Telur ( Kuning Telur Dari Bahan Meringue Tadi) 3 biji
Gula Castor 70 gram
Cream Of Tar Tar 1 sudu kecil
Air 130 ml
Minyak Masak 50 ml
Gula Castor 70 gram
Tepung Gandum 140 gram
Baking Powder 1 sudu teh

Instructions

Cara Membuat Gula Hangus

1

Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.

2

Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.

3

Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang. Ketepikan.

Cara Membuat Puding

1

Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur.

2

Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek (meringue) nanti

3

Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.

4

Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.Ketepikan

Cara Membuat Kek

1

Pukul putih telur sehingga berbuih.Masukkan gula castor dan cream of tar tar.

2

Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. Ketepikan.

3

Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.

4

Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang.Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5

Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.

6

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Warnakan dengan warna pilihan anda.

7

Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding .

8

Adunan akan bergerak kiri kanan.Bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.Panaskan oven 160 degree.

9

Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.

10

Setelah masak biar kek di dalam oven(10minit) sehingga keliling kek lekang dari loyang.Terbalikkan atas pinggan dan kek akan turun sendiri.

11

Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. Sejukkan sebelum dihidang.