Biskut Oreo | 46 keping |
Butter Cair | 1/2 cawan |
Milk Chocolate | 200g |
Dark Chocolate | 100g |
Susu Segar(Plain) | 200ml |
Kiwi | 1 biji |
Kepingan Badam | 1/3 cawan |
Tart Pant | 5 x 14 inch |
Masukkan 46keping biskut oreo yang dibuang krim ke dalam mesin pengisar, dan kisar hancur.
Setelah itu masukkan butter cair ke dalam mesin kisar bersama oreo yang telah dikisar dan putar hingga sebati.
Kemudian oreo+butter tadi dimasukkan ke dalam tart pan dan diratakan dan ditekan hingga mampat menggunakan spatula.
Cairkan milk chocolate dan dark chocolate menggunakan kaedah double boiler dan masukkan susu kacau sehingga cair.
Coklat yang sudah cair dituangkan ke atas oreo yang telah dimampatkan sebentar tadi.
Potong buah kiwi yang telah dibuang kulit kepada tiga bahagian dan setiap satu bahagian dikerat empat. Hias di atas coklat tadi.
Tabur kan kepingan badam di atas coklat dan disejukkan hingga keras di dalam peti sejuk selama 2jam atau semalaman. (badam disangai terlebih dahulu)
Selepas 2 jam atau semalaman boleh dikeluarkan dan dipotong kepada 11 slice. Siap untuk dihidangkan