Back to Recipe Print

Recipe for "Hokkaido Cupcake"


Tips

Kek akan turun apabila sejuk. Jangan terkejut jika kek anda kempis selepas sejuk.

Ingredients

Bahan A
Kuning Telur Gred A 3 biji
Gula Halus 20g
Minyak Jagung 35g
Susu Segar 60ml
Esen Vanila 1 sudu kecil
Tepung Jagung/tepung Kastad * 15g
Tepung Naik Sendiri * 55g
Bahan B
Putih Telur Gred A 3 biji
Gula Kastor 30g
Cream Of Tartar - Optional 1/2 sudu kecil
Krim Kastad
Tepung Gandum 1 sudu besar
Tepung Kastad 1 sudu besar
Gula 4 sudu besar
Susu Segar 200ml
Telur (L Size) 1 biji
Mentega 1 sudu besar

Instructions

1

Panaskan oven suhu 170. Ayak bahan yang bertanda * dan ketepikan.Dalam mangkuk, satukan kuning telur & gula halus dan pukul sehingga berkrim.

2

Masukkan esen vanila, susu segar dan minyak jagung. Kacau sebati. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul sebati. Ketepikan.

3

Pukul bahan B hingga bertanduk . Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balik dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata.

4

Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh. Bakar selama 20minit atau sehingga masak.

5

Unuk krim kastard, campur semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga pekat dan tidak berketul. Sejuk & paipkan ke dalam cupcakes. Siap dihidang.