Back to Recipe Print

Recipe for "Bubur Mutiara Kacang Hijau"


Tips

1. Halia perlu dimasukkan untuk melembutkan dan menaikkan aroma kacang hija

2. Jika menggunakan periuk tekanan untuk merebus biji sagu, hasilannya lebih cepat dan menarik.

3. Isi durian juga boleh dimasukkan ke dalam hidangan untuk lebih sedap :)

Ingredients

Kacang Hijau 300 gram
Biji Sagu Besar 200 gram
Santan Setengah biji kelapa
Gula Melaka 1 ketul (dihiris tipis)
Jagung Biji 1 tin
Daun Pandan 2 helai
Halia Sehiris

Instructions

1

Didihkan air panas terlebih dahulu untuk merebus biji sagu besar. didihkan selama 60 minit.

2

Apabila biji sagu sudah kelihatan jernih, toskan.

3

Dengan menggunakan periuk yang lain, rebuskan kacang hijau hingga empuk.

4

Kemudian, masukkan santan, sehiris halia. daun pandan dan gula melaka. gunakan api yang sederhana.

5

Akhir sekali, masukkan biji sagu sahaja yang telah siap direbus pada awal tadi dan jagung biji.

6

Siap untuk dihidangkan :)