Back to Recipe Print

Recipe for "Telur Bungkus"


Tips

1. Boleh menggunakan pelbagai sayur lain seperti bunga kubis, sayur campur (frozen), dan lain-lain.

2. Boleh menukar ayam kepada daging.

3. Boleh tambah serbuk perasa bagi yang menggunakannya.

Ingredients

Ayam Dipotong Dadu Bahagian isi
Kacang Panjang Anggaran 10 tangkai
Tomato Sebiji
Lobak Merah Satu batang ( kecil)
Cili Api 1-2 tangkai
Air Satu gelas

Instructions

1

Isi ayam, kacang panjang, tomato, lobak merah, cili api & bawang merah dipotong dadu.

2

Bahan Menumis, iaitu bawang putih (ditumbuk/penyekkan sahaja) dan halia dihiris

3

Setelah bahan-bahan disiapkan, panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, masukkan halia dan cili boh/cili kering kisar.

4

Masak sehingga garing dan letakkan satu sudu sos tiram, garam secukup rasa.

5

Setelah garing masukkan ayam dan letakkan secawan air, kemudian masukkan kacang, cili api dan lobak merah.

6

Setelah kuah kelihatan pekat, masukkan tomato dan kacau sehingga masak serta ketepikan.

7

Untuk telur
1. Pecahkan telur di dalam bekas, letak garam sedikit dan kacau dengan garpu.

8

Panaskan kuali dan tuang telur ke dalam kuali (seperti membuat telur dadar)

9

Nipiskan telur dengan menggoyangkan kuali dan perlahankan api dan masukkan inti yang dimasak tadi.

10

Lipat telur dadar hingga menutupi intinya. Sediakan pinggang dan tekap di dalam kuali dan terbalikkan. Siap untuk dihidangkan.