Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Daging Utara"


Tips

1. Daging tu saya rebus dahulu.

2. Ingat ya guna air rebusan daging jangan guna air biasa.

Ingredients

Beras Basmathi (Direndam 3 Jam) 3 pot kecil
Daging Batang Pinang (Dihiris Nipis Atau Dipotong Kiub) 250 g
Serbuk Rempah Kurma (Dibancuh Dengan Sedikit Air) 2 sudu makan
Daun Pandan 2 helai
Susu Cair 80ml
Puri Tomato 1 sudu makan
Garam Secukup rasa
Minyak Sapi 1 sb
Bawang Merah (Dikisar) 5 biji
Bawang Putih (Dikisar) 3 ulas
Halia (Dikisar) 1/2 inci
Jintan Manis(Di Kisar) 1 sk
Rempah 4 Sekawan (Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga, Cengkih Dan Bunga Lawang) -
Serai (Diketuk) 1 batang
Air Asam
Bawang Merah (Dihiris) 2 biji
Bawang Besar (Dihiris) 1/2 labu
Tomato (Dihiris Dadu) 1 biji
Cili Padi (Dihiris) 8-10 biji
Cili Merah (Dihiris) 2 biji
Air Asam Jawa (-/+) 1 cawan
Serbuk Belacan Atau Belacan Bakar Sedikit
Garam, Gula Dan Jus Limau Nipis/kasturi Sedikit

Instructions

1

Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumis daun pandan,serai dan rempah 4 sekawan serta bahan kisar hingga wangi.

2

Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.

3

Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer).

4

Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)

5

Tuangkan susu cair.Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.

6

Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka

7

Untuk air asam, satukan semua bahan dan kacau sebati. Hidangkan bersama nasi daging