Back to Recipe Print

Recipe for "Black Pearl Cookies"


Tips

Boleh ganti kan dengan sultana atau raisin.

Ingredients

Butter 150g
Tepung Gandum 150g
Gula Kastor 75g
Cornflakes 60g
Coklat Chips 50g
Almond Slices 25g
Blackcurrant Dried 30g
Esen Vanila 1 tbsp

Instructions

1

Mula-mula kita satukan butter dan gula.
Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata.

2

Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.

3

Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan cornflakes, badam, blackcurrant, cip coklat dan esen vanilla, kemudian gaul rata.

4

Sudukan atas dulang pembakar
Letakkan 3-4 biji dried blackcurrant atas adunan tadi.

5

Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C.

6

Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit. bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing.

7

Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.