Back to Recipe Print

Recipe for "Pengat Keladi, Keledek Dan Jejemput Tepung"


Tips

Boleh sahaja ganti dengan keledek Oren :)

Ingredients

Ubi Keladi (Didadu) 2 cawan
Ubi Keledek Putih (Didadu) 2 cawan
Daun Pandan 2 helai
Air 700ml
Santan 700ml
Jejemput Tepung
Tepung Gandum 1 cawan
Air 3/4 cawan
Garam Secubit

Instructions

1

Didihkan air bersama daun pandan. Satukan bahan untuk membuat jejemput tepung. Gaulkan tepung, garam, dan air hingga sebati.

2

Sudukan jejemput tepung ke dalam air yang mendidih tadi. Bila jejemput sudah keatas air, keluarkan dengan senduk penapis. Buat sehingga habis.

3

Dengan air yang sama tadi, rebuskan keladi dan keledek hingga empuk. Masukkan santan dan jejemput tadi. Perasakan dengan gula dan garam.

4

Tutup api setelah santan mula mendidih.