Back to Recipe Print

Recipe for "Laksam Ala Kelantan"


Tips

1. Masa menggulung laksam tu kena buat cepat ketika masih panas ya.

2. Lagi nipis dan besar, lagi elok kejadiannya.

Ingredients

Laksam (Mee Gulung Nya)
Tepung Beras 3 cawan
Tepung Gandum Setengah cawan
5 Cawan Air Suam 3 air mendidih dan 2 air biasa
Garam Setengah sudukecil
Kuah Lemak
Ikan Direbus Dan Ambil Isi Sahaja 1 kg
Santan Pekat Setengah kg
Air Sesuaikan dgn kepekatan
Bawang Merah* 10 ulas
Bawang Putih* 2 ulas
Halia* 1 inci
Serai Diketuk 2 batang
Serbuk Lada Hitam (Serbuk Kasar) 1 sudukecil
Asam Keping 3 keping
Garam Gula Secukup rasa
Ulam (Accessories)
Timun 1 batang
Taugeh Segar Ikut kesesuaian
Bunga Kantan Hiris Nipis 3 batang
Daun Kesum Potong Halus Ikut kesesuaian
Kacang Panjang Potong Halus Ikut kesesuaian
Cili Kering Yg Dikisar Ikut kesesuaian
Belacan Ikut kesesuaian

Instructions

Cara buat laksam (mee gulung nya)

1

Panaskan pengukus. Satukan semua bahan laksam (mee gulung nya) itu. Kacau rata.

2

Leperkan adunan tepung ke atas loyang leper (blh guma penutup periuk), kukus sehingga bahagian tepinya masak atau nampak menggelembung, gulungkan.

3

Susunkan gulungan2 tepung di atas pinggan atau dulang yg dilapik dengan tuala lembap. Tutpkan guna tuala lembap sementara menggulung yg lain.

4

Boleh potong kecil, size potong 1cm hingga setengah inci. Potong sebelum dihidangkan. Skrg kita buat kuah dulu ya.

Cara buat kuah laksam

1

Bahan bertanda mesti dikisar dahulu.

2

Ikan yg telah direbus akan diambil bahagian isinya sahaja, dikisar berasingan.

3

Satukan semua bahan kuah. Gaul rata. Kacau di atas api sederhana besar, tunggu sehingga masak.

4

Siap utk dihidangkan bersama (laksam yg dipotong dahulu, dengan kuah) hiaskan dengan aksesori ulam sesuai selera.