Back to Recipe Print

Recipe for "Kimbab"


Tips

Barang2 mudah didapati di mana2 cawangan aeon, disarankan anda beli set terus ada vinegar, mat roll, sushi soy sauce dan kepingan rumpai laut. Beras saya pakai brand sakura (beras super calrose short grain) kalau nk pakai jenama lain pun boleh. Masa memotong kimbab sila gunakan pisau yg betul2 tajam, supaya kimbab tidak hancur.

Ingredients

Beras 400 gram
Rumpai Laut 5 keping
Timun Jepun 1 biji
Telur 4 biji
Isi Ketam (Instant) 1 pek
Cuka Makan 2 sudu makan
Gula Halus 1 sudu makan
Garam Secukupnya
Mat Roll 1 keping
Air 1 magkuk kecil
Soy Sauce 1 botol

Instructions

1

Masak nasi mengikut sukatan yang disarankan, boleh rujuk pack beras, buat telur dadar seperti biasa, biarkan telur masak tebal dan potong panjang2

2

Potong timun panjang2 sama macam telur, rebus isi ketam, jgn terlalu lama takut lembik, dan belah dua.

3

Selepas nasi masak, masukkan dalam bekas, gaul nasi dengan cuka,gula dan garam. Sediakan tempat untuk mengulung kimbab,

4

Letakkan sekeping rumpai laut diatas mat, isi nasi dan ratakan diatas seluruh permukaan rumpai laut, letak sepotong timun,telur dan isi ketam dihujung

5

Gulung bahan tadi dengan ketat, dihujung gulungan, letak sedikit air untuk lekatkan rumpai laut.

6

Potong bulat2, dan siap, hidangkan dengan soy sauce sebagai cicahan..