Back to Recipe Print

Recipe for "Pisang Penyet Sabah"


Tips

Tips terbaek...makan bersama sambal ulek@sambal tomato tumis...Mantap Terangkat Konfirmm!!!!

Ingredients

Pisang Awak/abu (Mentah) Dibuang Kulit-Ikut Suka Hati Banyak Mana
Minyak Untuk Menggoreng
Tomato 6 Biji-Belah 4
Belacan
Garam/perasa
Gula Secukupnya
*cili Api/padi 30 Biji
*3 Ulas Bawang Putih
*2 Biji Bawang Merah

Instructions

1

Panaskan minyak diatas kuali untuk menggoreng.Masukkan pisang sebiji-sebiji ke dalam kuali.Goreng pisang sampai nampak kekuningan(3/4masak).Kemudian angkat pisang tersebut.Biarkan seketika.Ambil lesung batu,ketuk kesemua pisang,satu persatu pisang tadi jadi penyet(Nipis2 sedap).Selepas itu,panaskan minyak sekali lagi dan masukkan pisang yang telah dipenyetkan tadi.Goreng sehingga masak dan nampak kering kerangupan gitu.Angkat dan ketepikan.Sedap dimakan bersama sambal tomato tumis@sambal ulek.

2

Untuk Sambal ulek@sambal tomato tumis.Tumbuk bahan bertanda "*" sampai hancur(tak lumat pon xpe).Ketepikan.Panaskan kuali,tuang minyak.Setelah minyak panas,masukkan bahan yamg telah ditumbuk tadi.Tunggu sehingga naik bau,kemudian masukkan belacan.Selepas itu masukkan tomato tadi,pastikan api sederhana.Tumis kesemua bahan tadi,tumis sehingga tomato hancur,masukkan garam/perasa dan gula.Biarkan seketika sehingga masak dan naik bau.Matikan api dan dah siap.Dimakan bersama pisang penyet.Marvelous!!!