Back to Recipe Print

Recipe for "Sausage Egg Muffin/muffin Telur Dan Sosej"


Tips

1. Kalau nak lebih sedap gunakan sosej yang ada cendawan dalamnya. Sosej boleh digantikan dengan daging cincang yang telah digoreng sekejap bersama bawang besar, bawang dan cili kisar.

2. Selain itu untuk hidangan yang manis boleh gantikan sosej dengan hirisan pisang dan ditabur chocolate rice di atasnya. Yummy!

Ingredients

Telur 3 biji
Sosej (Dihiris) 2 ketul
Sos Cili Dan Sos Tomato Secukup rasa
Mayonis 2 sudu besar
Garam Secukup rasa
Susu Segar (Optional) 1/4 cawan
Serbuk Daun Parsley/oregano 1 sudu besar
Mozarella/parmesan Cheese Mengikut kesesuaian
Serbuk Lada Sulah (Optional) Mengikut kesesuaian

Instructions

1

Bancuh perlahan telur dengan garam, mayonis, susu segar, serbuk daun parsley/oregano dan serbuk lada sulah.

2

Susun sosej yang telah dihiris dalam acuan muffin.

3

Tambahkan sos cili dan tomato di atas hirisan sosej tadi.

4

Tuang bancuhan telur dalam acuan tadi.

5

Taburkan mozarella atau parmesan cheese atas adunan tadi.

6

Panaskan oven pada 170 darjah celsius selama 5 minit.

7

Bakar muffin dalam oven pada kepanasan 170 darjah celsius selama 10 minit

8

Setelah 10 minit tunggu muffin sejuk dan selepas itu boleh dihidangkan dengan sos dan mayonis.