Back to Recipe Print

Recipe for "Lidah Kucing Pelangi"


Tips

Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah

Ingredients

Mentega 250 gm
Gula Kastor 175 gm
Putih Telur 100 ml
Tepung Gandum 200 gm
Tepung Jagung 50 gm
Emplex 1/4 sudu teh
Pewarna Pink, Oren, Ungu, Hijau Secukupnya

Instructions

1

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim

2

Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata

3

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian

4

Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan. Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil

5

Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki

6

Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara