Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Goreng Bunga Kantan"


Tips

Mostly saya punya nasi goreng, saya akan gaul terlebih dahulu bahannya dalam nasi tersebut. Contohnya cili yang telah ditumbuk setelah itu saya akan gaulkan kedalam nasi yang masih dalam periuk nasi tu.

Ingredients

Nasi Putih 3-4 orang makan
Cili Merah 4 tangkai
Cili Padi Merah 3 tangkai
Bawang Merah Kecil 5 biji
Ikan Bilis Segenggam
Kobis (Agak2 Jela Ye) Sedikit sahaja
Daun Bawang Sedikit sahaja untuk topping
Bunga Kantan Sekuntum
Bawang Goreng Sebagai topping
Minyak Masak Satu sudu besar makan

Instructions

1

Cili merah saya tumbuk dan gaul rata ke dalam periuk nasi yang berisi nasi putih.

2

Kemudian hiris bawang merah dan hiris cili padi merah. Hiris juga kobis dan juga bunga kantan halus2.

3

Cara masak:
panaskan sedikit minyak, saya lebih suka guna olive oil, tumis bawang dan juga cili padi sehingga setengah layu, kemudian masukkan kobis.

4

Setelah kobis dimasukkan, masukkan pula bunga kantan dan sedikit garam. Setelah itu goreng ikan bilis di kuali lain.

5

Gaul rata ikan bilis kedalam nasi goreng dan boleh dihidangkan kedalam pinggan dengan topping ya ialah bawang goreng dan juga daun bawang.