Back to Recipe Print

Recipe for "Takoyaki Ketam"


Tips

Takoyaki sebenarnya menggunakan isi sotong kurita, tapi takoyaki juga boleh dipelbagaikan intinya dengan isi ketam, sosej dan cheese, udang dan lain-lain. Bahan-bahan membuat takoyaki boleh dibeli di pasaraya jepun di Aeon.

Ingredients

Tepung Gandum I cawan
Air 2 cawan
Telur 2 biji
Tepung Jagung 1 1/2 sudu besar
Dashi @ Kiub Stok Ayam 1 sudu kecil
Kicap Cair 3 sudu kecil
Inti
Filamen Ketam- Dipotong Kecil 6 batang
Daun Bawang - Potong Kecil Secukupnya
Kobis - Potong Halus-Halus Secukupnya
Topping
Sos Takoyaki Secukupnya
Mayonis Kewpie Secukupnya
Aonori Secukupnya
Bonito Flakes Secukupnya

Instructions

1

Masuk tepung gandum,tepung jagung, telur, dashi,kicap dan 1 cawan air dalam mangkuk, kacau sebati, kemudian masukkan secawan lagi air kacau sebati.

2

Siap kacau, simpan adunan dlm peti ais ~10-20min sementara siapkan inti.

3

Panaskan pan takoyaki, letakkan sedikit minyak

4

Tuang penuh adunan dlm acuan, cepat-cepat masukkan kobis, bawang, daun bawang & inti pilihan.

5

Tuang sedikit lagi adunan di atas utk menutup inti tadi

6

Kaut adunan yg tumpah di tepi. Boleh lihat di You Tube untuk cara memasak mudah. http://www.youtube.com/watch?v=SxW-qgj-x1E

7

Pastikan bawah adunan sudah keras sebelum mengalih kerana jika tidak keras akan melekat di acuan

8

Tuangkan sedikit sos takoyaki dan bonoti flakes ke atas tako ball. Picitkan mayonis ke atasnya dan taburkan sedikit aonori. Hidangkan panas-panas