Back to Recipe Print

Recipe for "Kerabu Mangga Thailand"


Tips

1. Rasa dulu masam , masin sos kerabu sebelum memasukkan mangga dan bahan lain. Ini kerana sukar untuk adjust rasa selepas bahan-bahan digaulkan.

2. Dalam hidangan ini, saya menggantikan kacang goreng kepada kuaci (itu yang ada di dapur). Bahan-bahan lain boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri

Ingredients

Mangga Muda, Hiris Halus Panjang 2 biji
Bawang Putih 1 biji
Udang Kering 2 sudu besar
Cili Api 3 biji
Sos Ikan 3 sudu besar
Limau Nipis-Ambil Jus 1 biji
Gula 3 sudu besar
Tomato, Hiris Nipis 1 biji
Daun Ketumbar, Potong Halus 1-2 tangkai
Kacang Panjang, Dipotong 1 Inci 2 tangkai
Kacang Goreng 2 sudu besar

Instructions

1

Tumbuk bawang putih dan cili padi menggunakan lesung kayu( jika tak ada lesung batu pun boleh).

2

Kemudian masukkan gula, sos ikan, udang kering dan jus limau. Tumbuk kasar baru masukkan sayur-sayuran

3

Last sekali masukkan kacang goreng, tumbuk kasar bersama-sama sayur-sayuran.

4

Sesuaikan rasanya, gaul bersama daun ketumbar, keluarkan dan hidangkan.