Back to Recipe Print

Recipe for "Spagheti Wan's Cottage House"


Tips

1. Untuk rasa lebih sedap taburkan daun ketumbar lebih dari kebiasaanya.

2. Untuk mengelakkan spaghetti melekat antara satu sama lain letak sedikit minyak dan garam semasa merebus.

Ingredients

Daging Ayam(Potong Kasar) 150gram
Spaghetti 100gram
Daun Ketumbar(Dipotong Panjang2) 2 pohon
Oregano 1 sudu kecil
Bawang Besar(Potong Dadu) 1 labu
Bawang Putih(Potong Dadu) 2 ulas
Sos Tomato 3sudu makan
Air Panas 1cawan
Serbuk Lada Hitam 1 sudu kecil
Perasa Secukup rasa
Buah Tomato(Potong Kiub2) 1 biji
Minyak 3 sudu makan
Tomato Puri 1 sudu makan

Instructions

1

Rebuskan spaghetti terlebih dahulu selama 15-20 minit, keadaan Ini bergantung kepada jumlah spaghetti. Kemudian toskan.

2

Tuangkan minyak ke dalam kuali, setelah minyak panas masukkan bawang besar Dan bawang putih . Tumis sehingga warna kekuningan.

3

Kemudian masukan daging ayam,setelah daging ayam masak dengan sempurna, masukkan sos tomato,air panas,perasa, buah tomato dan serbuk lada hitam.

4

Kacau sehingga sebati , setelah mendidih. Tutup api dan siap untuk menjamu selera. Setelah siap untuk dihidang taburkan oregano dan daun ketumbar.