Back to Recipe Print

Recipe for "Spaghetti Bolognese Ala Italian"


Tips

1. Kalau suka lagi masam, letak banyak sikit tomato.

2. Kalau tak suka pedas, tak perlu letak sos cili. Kalau suka rasa masam pedas, boleh letak sos cili lebih sedikit.

Ingredients

Spaghetti 1 bungkus
Bahan Sos Sphaghetti
Daging/ayam Cincang 250 g
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 3 ulas
Capsicum/lada Benggala 1 biji
Tomato 2 biji
Cendawan Butang (Dalam Tin) 7-8 biji
Sos Spaghetti Kimball/prego I botol
Sos Cili Kimball 2 sudu besar
Mixed Herb Secukup rasa
Garam, Gula Secukup rasa
Minyak Zaitun 1 senduk
Hiasan (Optional)
Cheddar Cheese Ikut selera

Instructions

1

Rebus spaghetti bersama 1 sudu minyak zaitun. Rebus hingga spaghetti lembut. Ketepikan,

2

Potong dadu bawang besar, bawang putih, capsicum dan tomato dan cendawan butang.

3

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing/naik bau.

4

Kemudian, masukkan daging cincang. Tak perlu tambah baik kerana air dari daging akan mengalir keluar. Tutup seketika.

5

Bila daging sudah hampir lembut, masukkan cendawan butang, capsicum dan tomato. Kacau seketika sehingga semua bahan menjadi lembut.

6

Masukkan sos spaghetti kimball dan sos cili ke dalam bahan di atas. Biarkan seketika sehingga sos mendidih. Kalau sos agak pekat, tambah 1 cawan air.

7

Tambahkan garam, mixed herb dan gula. Adjust ikut selera tekak masing-masing.

8

Tuangkan sos spaghetti ke atas spaghetti yang direbus tadi. Dan taburkan cheddar cheese di atasnya. Dan makan!