Back to Recipe Print

Recipe for "Oreo Cheescake (Bakar)"


Tips

Boleh juga dihiasi dengan jem pilihan di atas cake ketika hendak makan. Selamat mencuba.

Ingredients

Bahan Base
Biskut Cream Crackers 25 keping
Butter 150 gm
Bahan Filling
Cream Cheese 250 gm
Sour Cream/whipping Cream 200 gm
Telur Gred A 2 biji
Gula Halus-Ikut Manis Yang Anda Mahu 1/2 cawan
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Oreo Dihancurkan 10 keping

Instructions

CARA-CARA MENYEDIAKAN BASE:

1

Hancurkan biskut crackers.

2

Cairkan butter. Sejukkan sebentar. Setelah sejuk, tuangkan ke dalam biskut yang dihancurkan tadi.

3

Gliskan loyang dengan butter. Tekan dan ratakan biskut tadi ke dalam loyang. Tekan hingga padat. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.

1

Pukul cream cheese, sour cream, esen vanilla dan gula hingga sebati.

2

Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.

3

Kemudian, masukkan oreo yang telah dihancurkan tadi. Gaul menggunakan spatula sahaja.

1

Tuang adunan filling ke atas base tadi. Hiaskan kepingan oreo.

2

Bakar menggunakan kaedah steam bake dengan suhu 170c selama 45 minit/hingga masak.

3

Setelah siap dibakar, sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam/semalam.