Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Lemak Myra"


Tips

1. Selepas nasi masak,Biarkan rice cooker dalam keadaan "keep warm" selama 5 minit,jangan dibuka penutup rice cooker sehingga nasi menjadi suam sedikit.

2. Nasi akan menjadi cantik apabila digaul/diceduk.

Ingredients

Beras 3 pot
Air Mengikut sukatan beras yang sesuai
Santan Pekat 1 cawan
Daun Pandan Disimpul 2 helai
Halia 1 inci
Bawang Merah Besar 3 biji
Bawang Besar ( Dihiris Sedikit Tebal) 1 biji
Bawang Putih 3 ulas
Belacan (Jika Suka) 1 inci
Ikan Bilis Segenggam
Cili Giling 2 senduk
Kacang Yang Telah Di Goreng Tanpa Minyak 250 gm
Ikan Bilis Yang Telah Digoreng 250 gm
Telur Yang Sudah Direbus 5 biji ( potong 2/4 )
Timun 1 batang potong

Instructions

1

Cuci bersih beras,masukkan santan dan air mengikut sukatan beras anda. Masukkan sedikit sahaja garam,daun pandan dan halia.

2

Masak seperti biasa di dlm rice cooker.jangan sesekali dibuka penutup sehingga "keep warm" biarkan 5 minit,kemudian biarkan nasi suam seketika.

3

Setelah itu,gaul nasi dan tutup semula.

4

Kisarkan bawang besar,bawang putih,belacan.panaskan minyak,tumiskan bawan yg dihiris tadi bersama ikan bilis. Tumis sehingga bawang menjadi layu .

5

Masukkan bahan2 yg dikisar tadi,masukkn cili giling,tumis sehingga sedikit garing atau pecah minyak dan sehingga cili betul2 masak.

6

Masukkan sedikit air jikalau kering,masukkan garam dan gula secukup rasa.

7

Hidangkan nasi lemak bersama,sambal ikan bilis,kacang,ikan bilis goreng,telur rebus dan juga timun.