Back to Recipe Print

Recipe for "Pai Ayam Bersama Epal"


Tips

1) Buah epal boleh diganti dengan buah pir atau boleh juga dicampur kedua-duanya.

2) Resepi ini menggunakan sandwich spread bersama telur untuk dijadikan topping kerana sandwich spread telah sedia mempunyai adunan rasa yang lengkap. Boleh diganti dengan krim masak dan diperisakan dengan lada hitam dan sedikit garam atau gantikan dengan mayonis.

Ingredients

Ayam Tanpa Tulang 1/4 bahagian
Bawang Besar 1/2 labu
Bawang Kecil 2 ulas
Rempah Kari 2 sudu
Lada Hitam 1/2 sudu
Lada Putih 1/2 sudu
Madu 1/2 sudu
Garam Secubit garam
Bahan-Bahan Inti Epal
Epal 3 biji
Gula Perang 1/2 cawan
Kulit Kayu Manis 1 batang kecil
Bunga Lawang 1 biji
Serbuk Buah Pala Secubit
Serbuk Kulit Kayu Manis Secubit
Topping
Sandwich Spread 3 sudu
Telur 2 biji

Instructions

1

Perap ayam dengan bawang besar dan bawang putih yang didadu halus,serbuk kari,lada hitam,lada putih,madu dan secubit selama 15 minit.

2

Sapu foil container dengan planta.Ketuk sedikit isi ayam menjadi lembut dan susun dalam acuan dengan sekata.Masuk dalam avon selama 10 minit,suhu 180°

3

Potong epal bentuk dadu besar.Masuk dalam kuali bersama gula perang,kulit kayu manis,bunga lawang,serbuk buah pala dan serbuk kulit kayu manis.

4

Masak dengan api perlahan sehingga gula perang cair dan epal menjadi lembut.

5

Keluarkan ayam dari oven dan masukkan inti epal. Kemudian, curah topping campuran mayonis dan sandwich spread.

6

Bakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu 180°.Sedia untuk dihidang.