Back to Recipe Print

Recipe for "Karipap Kentang"


Tips

Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat lembutkan kentang dengan cepat.

Ingredients

Bahan Inti
Kentang 7 biji
Bawang Besar Dadu 1 biji
Bawang Merah Kisar 3 ulas
Bawang Putih Kisar 2 ulas
Daging Kisar 1 cawan
Cili Kisar 2 sudu
Serbuk Kari 3 sudu
Daun Sup 2 tangkai
Bahan Kulit
Tepung Gandum 500g
Planta 2 senduk
Air Tapis 1 mug besar
Garam 1/2 tsp

Instructions

Cara masak inti

1

Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu tadi.

2

Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.

3

Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,

4

Masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.

5

Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.

6

Setelah kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.

7

Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan boleh di buat inti karipap.

Kulit karipap

1

Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.

2

Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.

3

Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.

4

Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap

5

Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.

6

Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.

7

Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.

8

Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.