Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Halia Pedas"


Tips

Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

Ingredients

Ayam Dipotong Kecil 500 gram
Sos Tiram 1 tbsp
Kicap Cair 1 tbsp
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 2 ulas
Cili Merah 1 biji
Daun Bawang 1 tangkai
Lobak Merah 1 biji
Kacang Buncis 15 batang
Kunyit 1 tsp
Garam 1/2tsp
Lada Hitam 1/2 tsp

Instructions

1

Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2

Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng tadi,

3

Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika kemudian masukkan kacang buncis dan lobak merah.

4

Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

5

Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat.

6

Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.