Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Roti Sos Kastard"


Tips

petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati. dah larut baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana

Ingredients

Puding Roti
Roti 8 keping
Susu Segar 2 cawan
Gula Halus 4 sudu besar
Telur 2 biji
Mentega (Cairkan) Mentega (cairkan)
Kecil Kismis 1 kotak
Sos Kastard
Susu Cair 1 tin
Air 1/4 tin
Tepung Kastad 2 sudu besar
Gula Halus 2 sudu besar
Esen Vanilla 1 sudu teh

Instructions

Puding roti

1

Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati. Carikkan roti , dan masukkan dalam bekas adunan,

2

Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit

3

Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar. Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.

4

Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 mini

Sos kastard

1

Satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk..

2

Masak sampai pekat.. kepekatan sos terpulang pada selera. Siap dihidang bersama pudding roti