Back to Recipe Print

Recipe for "Coklat Chiffon Puding Karamel Kek"


Tips

- tidak perlu guna air panas untuk steam bath
- boleh juga menggunakan minyak masak
- susu coklat boleh diganti dengan air

Ingredients

Bahan Puding Karamel
Gula - Untuk Gula Hangus 4 sdb
Gula Castor 50g
Susu Cair 1 tin
Telur Merah Sahaja 3 biji
Telur 3 biji
Bahan Kek Chiffon Coklat - Meringue
Telur Putih 6 biji
Gula Castor 50g
Bahan Kek Chiffon - Cecair
Telur Merah Sahaja 3 biji
Gula 50g
Susu Coklat 135ml
Minyak Sayuran 45ml
Bahan Kek Chiffon - Tepung
Tepung Gandum 110g
Baking Powder 3 sdt
Serbuk Koko 30g

Instructions

Jom sediakan karamel puding dulu ye ..

1

Cairkan gula 4sdb - karamel didalam loyang 8 x 8". Sejukkan

2

Kacau telur , gula 50g dan susu hingga rata.

3

Kemudian tapiskan bancuhan susu kedalam gula karamel yang dah sejuk tadi ye. Ketepikan

Untuk kek pula ..

1

Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko. ketepikan

2

Pukul telur putih bersama gula - meringue
Pukul hingga kembang dan soft peak. Ketepikan

3

Panaskan oven api bawah sahaja , letak rak kek kt bawah sekali
Suhu 170'-180'

4

Kemudian , guna mixer untuk pukul putih telur tadi.
Tak perlu dicuci mixer whisk tu

5

Pukul bahan cecair sampai kembang dan gula larut

6

Lepas tu masukkan pula bahan ayak tadi

7

Pukul lagi hingga sebati

8

Kemudian , gunakan spatula atau sudip.
Ambil 1/2 meringue tadi . Kaup balik dengan lemah lembut ye

9

Dah hampir rata , masukkan baki meringue tadi.
Sekali lagi hanya kaup balikkan hingga sebati

10

Last , tuangkan campuran kedalam loyang berisi bahan puding tadi

11

Jangan lupe masukkan dulu loyang tadi kedalam loyang yang lebih besar , sebab perlu steam baked method ye

12

Perlahan-lahan masukkan air kedalam loyang besar tadi , bakar 1 1/2 jam je. Insyaallah cukup masaknya tu.

13

Dah masak , biar kek tu suam baru lalukan pisau kat tepi2 kek supaya tanggal.

14

Step paling perlu perhatian , terbalikkan kek kedalam pinggan hidang.
Lebih elok jika yang berpenutup

15

Tutup kek supaya tidak kering , sejukkan kat dalam peties sekurang-kurang 1 jam