Back to Recipe Print

Recipe for "Cucur Kembong Manis"


Tips

Bagi mereka yang takut minyak merecik bila kita gunakan air bolehlah basahkan tangan dengan minyak makan. Kaedah yang sama juga ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat, kemudian masukkan dalam minyak panas

Ingredients

Tepung Gandum 3 cawan
Air Panas 3 cawan
Susu Pekat Manis 1/2 cawan
Garam Secubit

Instructions

1

Satukan tepung bersama garam dan susu pekat manis.

2

Tuangkan air panas, dan kacau dengan senduk atau sudu hingga adunan menjadi doh yang pekat dan melekat-lekat di tangan.

3

Biarkan doh sejuk. Panaskan minyak. Pastikan minyak benar-benar panas dengan api yang sederhana.

4

Basahkan tangan dengan air, ambil sedikit adunan sebesar guli ( kerana doh akan kembong ) bulat-bulatkan dan terus masukkan dalam kuali.

5

Sentiasa balik-balikkan cucur dalam kuali supaya cantik bulatnya. Bila dah kuning keemasan bolehlah di angkat