Back to Recipe Print

Recipe for "Jemput Pisang Kelapa"


Tips

1. Gabungan 2 jenis pisang memberikan warna dan rasa yang lebih sedap
2. Gunakan kelapa parut muda lebih sedap

Ingredients

Tepung Gandum 2 cawan
Kelapa Parut Putih Sahaja 5-6 sdb
Pisang Emas 15 biji
Pisang Berangan 8 biji
Telur 1 biji
Gula Castor / Halus Jika perlu
Garam Sedikit
Air Suam Lebihkurang 1/2 cawan

Instructions

1

Lecek pisang atau blender jika suka lebih halus , tambah gula jika suka lebih manis. Masukkan garam juga

2

Kemudian, pecahkan telur dan masukkan kelapa parut. Kacau rata

3

Masukkan tepung gandum, tuang air suam sikit demi sedikit hingga mendapat batter yang tidak terlalu cair atau terlalu pekat

4

Pastikan batter boleh dijemput menggunakan hujung jari

5

Panaskan minyak, basahkan hujung jari dan jemput tepung kedalam minyak panas.

6

Pastikan api tidak terlalu besar kerana akan menghitamkan jemput2 tetapi dalamnya tidak masak sempurna

7

Toskan jemput2 yang timbul dan sudah masak. Hidangkan