Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Goreng Kampung"


Tips

1. Jika suka boleh titiskan 4 hingga 5 titis cuka pada nasi yang sedang digoreng.
2. Ingin lebih pedas boleh lebih kan cili api

Ingredients

Nasi Putih 1 1/2 pot
Cili Merah 3 biji
Cili Api 5 biji
Bawang Putih 4 ulas
Bawang Merah 3 biji
Halia 1/2 inci
Ikan Bilis Segenggam
Belacan 1/2 inci
Minyak Masak Secukupnya
Garam Serbuk Perasa Secukupnya

Instructions

1

Tumbuk bawang putih, merah, cili, halia dan belacan. Ketepikan. Kemudian tumbuk pula ikan bilis.

2

Panaskan minyak dan goreng seketika ikan bilis hingga sedikit garing.

3

Kemudian tumis pula bahan yang telah ditumbuk tadi. Tumis seketika dan perasakan kan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa.

4

Selepas itu masuk kan nasi putih dan gaul sebati sehingga masak.

5

Sedia untuk dihidang