Back to Recipe Print

Recipe for "Potato Salad"


Tips

Jika ingin menambah proten boleh tambahkan telur rebus atau sosej rebus. Jika untuk berdiet, gunakan mayonies western style atau kewpie kerana lebih rendah lemak

Ingredients

Kentang 5 biji
Mayonis Secukupnya
Daun Salad-Dipotong Besar Secukupnya
Tomato Ceri-Dibelah 2 8 biji
Bawang Besar-Dipotong Dadu 1/2 biji
Susu Segar 1/2 cawan
Garam Sedikit
Lada Sulah Sedikit
Jus Lemon Sedikit

Instructions

1

Basuh kentang dan rebus kentang sehingga lembut. Masukkan sedikit garam dalam air rebusan.

2

Setelah kentang masak dalam 20 minit, angkat dan toskan. Biarkan kentang sejuk

3

Belah kentang kepada 4 atau 6 bahagian

4

Ambil satu bekas besar dan masukkan kentang, mayonis, susu segar,bawang, tomato serta sedikit lada sulah, garam dan perahan lemon.

5

Gaulkan sehingga sebati. Bila dah sebati barulah masukkan salad. Tujuannya supaya salad tu tak hancur

6

Siap dan sedia dimakan