Back to Recipe Print

Recipe for "Asam Pedas Ayam Cik Gegirl"


Tips

1. Tumis cili yang dikisar sehingga betul betul garing dan naik minyak.
2. Tambah sedikit air apabila sudah tumisan sudah naik minyak.
3. Masukkan ayam bila bahan yang ditumis sudah tidak pahit.

Ingredients

Ayam 6 ketul
Cili Kering 20 tangkai
Bawang Besar 3 biji
Bawang Putih 5 ulas
Serai 1 batang
Belacan 2 inci
Daun Kesum 3 tangkai
Bunga Kantan 2 kuntum
Gula Dan Garam Secukup rasa
Air Setengah cawan
Asam Jawa Mengikut cita rasa
Tomato 3 biji
Bendi 3 tangkai

Instructions

1

Basuh ayam dan rendam bersama lemon atau limau purut sehingga bau hanyir hilang.

2

Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili kering yang sudah direbus dan belacan.

3

Tumiskan bahan yang sudah dikisar di dalam minyak yang benar benar panas sehingga ramuan menjadi betul betul garing.

4

Apabila sudah 20 minit atau 30 minit bahan yang sudah ditumiskan di dalam kuali, campurkan sedikit air.

5

Masukkan ayam bersama bunga kantan, daun kesum serta serai yang sudah diketuk.

6

Biarkan mendidih seeloknya ditutup dan seusai mendidih letakkan garam dan gula bersama air asam jawa mengikut cita rasa anda.

7

Masukkan lagi air jika mahu kuah anda banyak.

8

Biarkan mendidih dan tambahkan tomato serta bendi.

9

Asam pedas ayam anda sudah siap!