Back to Recipe Print

Recipe for "Gyoza"


Tips

Boleh juga dimakan terus selepas dikukus tetapi jika digoreng sebentar bahagian bawah gyoza memberi tekstur yang menarik kerana gabungan rasa lembut di bahagian atas & rangup di bawah.

Ingredients

Kulit Gyoza Segera 1 pek
Untuk Inti :
Isi Ayam 300 g
Cendawan Hitam 3 keping
Lobak Merah 1/4 batang
Daun Bawang 1 helai
Bawang Putih 1 ulas
Air Halia 1 cmb
Tepung Jagung 1 cmb
Minyak Bijan 1 cmb
Garam 1/2 cmt
Gula 1 cmt

Instructions

Untuk inti :

1

Semua bahan inti digaul rata.

2

Masukkan sedikit inti di tengah-tengah kulit gyoza.

3

Sapukan keliling kulit gyoza dengan air untuk melekatkannya.

4

Lipat 2 kulit gyoza & kelim mengikut kreativiti.

5

Kukus selama 10 minit/hingga masak.

6

Goreng bahagian bawah gyoza dengan sedikit minyak menggunakan kuali leper.

7

Gyoza sesuai dicicah dengan kicap pedas.