Back to Recipe Print

Recipe for "Brokoli Udang Black Pepper"


Tips

Boleh tambahkan black pepper sekiranya sukakan pedas. Garam tidak perlu banyak kerana ada sos tiram.

Ingredients

Bawang Holland 1/2 labu dipotong kasar
Bawang Putih 3 ulas dicincang halus
Halia Muda 1 inci dipotong nipis
Sos Tiram* 3 sudu besar
Sos Tomato* 3 sudu besar
Serbuk Lada Hitam* 1 sudu kecil
Kicap Pekat* 1 sudu kecil
Serbuk Kunyit 1 sudu kecil
Brokoli 1 pokok dipotong kecil
Lobak Merah Segenggam dipotong panjang
Capsicum Merah & Kuning Dipotong dadu
Udang Size L 8-9 ekor disiang separuh
Minyak Masak Sedikit
Garam Secukup rasa
Air Masak 1 cawan

Instructions

1

Peram udang bersama serbuk kunyit & garam. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.

2

Gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bawang putih dan halia. Kemudian masukkan bawang holland sehingga sedikit layu.

3

Masukkan semua bahan (*). Biarkan sedikit garing dan masukkan air.

4

Masukkan sayur Brokoli dan lobak. Biar sehingga sayur sedikit lembut.

5

Kemudian masukkan udang, capsicum & sedikit garam. Goreng sehingga sebati.

6

Boleh dihidang bersama nasi panas.