Back to Recipe Print

Recipe for "Bun Kentang Bergula"


Tips

-untuk lebih sedap gunakan tepung roti
-air boleh diganti dengan susu

Ingredients

Tepung Gandum 250g
Kentang Rebus 70g
Yis Kering 1 1/2 sdt rata
Gula 2 sdb rata
Marjerin 2 sdb rata
Susu Tepung 2 sdb rata
Telur Gred A 1 biji
Air 100ml
Garam Secubit
Untuk Sapu Atas Roti
Air 1 sdb
Susu Cair 1 sdb

Instructions

1

Griskan loyang 8x8 inci dengan marjerin. Ketepikan

2

Sejukkan kentang dan lecek hingga halus,campurkan garam

3

Masukkan semua bahan kering kedalam mangkuk pengadun.

4

Kemudian, ON kan dan gaul dengan speed paling perlahan menggunakan dough hook.

5

Perlahan lahan masukkan kentang lecek, telur dan air

6

Bila adunan hampir menjadi doh, masukkan marjerin

7

Tambah 2-3 sdb rata tepung gandum jika adunan terlalu lembut
*bergantung mengikut kualiti tepung

8

Teruskan memukul hingga menjadi doh yang licin kira-kira 25-30minit. Jika mesin pengadun menjadi panas. STOP kan mesin

9

Terus menguli hingga doh berkilat dan tidak melekat pada tapak tangan. Oleskan tapak tangan dengan merjerin sebelum menguli

10

Jika ingin cepat mendapat doh yang berkilat dan licin, masukkan kembali kedalam mesin pengadun dan uli 5-10minit lagi
*pastikan mesin kembali sejuk

11

Bahagikan doh kepada 16 bahagian dan susun kedalam loyang.
*Roti lepas dibakar akan kembang kurang sedikit dari tinggi loyang

12

Biarkan doh mengembang 1 kali ganda , sapukan campuran susu dan air tadi,kemudian taburkan gula keatasnya

13

Terus bakar suhu 170' selama 10minit api bawah. Kemudian 10-12minit api atas bawah dan baki masa api bawah sahaja. Jumlah masa bakar bakar 30minit.

14

Nota : Jangka masa bakar mengikut jenis oven anda. Dan juga saiz roti dan loyang.