Back to Recipe Print

Recipe for "Cucur Ikan Bilis"


Tips

Letakkan sedikit yis kering untuk dapatkan cucur yang lembut dan gebu.

Ingredients

Tepung Gandum 2 cawan
Ikan Bilis 30g
Bawang Besar 1 biji (dipotong dadu kecil)
Cili Kisar 1 sudu makan
Garam 1 sudu kecil
Yis 1 sudu kecil
Air Secukupnya

Instructions

1

Dalam satu mangkuk satukan tepung gandum, bawang, ikan bilis dan air.

2

Gaul sehingga sebati, kemudian masukkan cili kisar dan garam, Gaul lagi sehingga sebati.

3

Kemudian masukkan yis, pastikan garam dah betul² sebati dengan adunan, kerana garam boleh mematikan yis.

4

Biarkan adunan selama 1 jam.

5

Panaskan minyak dan Goreng sehingga kekuningan, angkat dan hidangkan bersama cili sos dan mayonnaise.