Back to Recipe Print

Recipe for "Macaron"


Tips

1. pastikan semua kelengkapan kena betol2 kering yer..x mau ada air walaupun setitis.
2. jangan putar meringue terlalu lama..dan jangan putar terlalu sekejap. yang penting bertanduk.
3. pakailah pewarna serbuk (powder coloring) supaya teksture macarons tak tercemar dengan unsur air dalam pewarna. sebab macaron ni sangatlah sensitifnya...hati tisu..hehehe
4. masa adalah perkara paling penting dalam pembuatan macaron. jadi banyak-banyakla bersabar. kerana sabar itu bakal membuahkan hasil. inshaallah
5. bila dah piping atas tray tu...amik lidi atau pengcungkil gigi....cucuk semua bubble yang terbentuk..macaron ni tak boleh ada buble kat permukaan dier..nnt boleh menyebabkan macaron merekah dan tak cantik...

Ingredients

Putih Telur 2 biji
Gula Kastor 130 gram
Gula Aising 280 gram
Serbuk Almond 160 gram
Pewarna Makanan (Serbuk) Secukupnya

Instructions

1

Ini bahan-bahannya.

2

Pukul putih telur hingga kembang dengan kelajuan tinggi. masukkan gula kastor sedikit demi sedikit. putar lagi sehingga meringue bertanduk.

3

Masukkan gula aising dan serbuk almond dalam adunan meringue, gaul kaupkan. setelah sebati, asingkan kepada beberapa warna yg diingini.

4

Masukkan dalam piping bag dan piping atas baking paper.

5

Rehatkan macaron yang dah dipipingkan atas tray pembakar tadi selama 30 - 45 minit sebelum dibakar yer kawan-kawan.

6

Rehatkan macaron yang dah dipipingkan atas tray pembakar tadi selama 30 - 45 minit sebelum dibakar yer kawan-kawan.

7

Macaron Hijau

8

Macaron Pink

9

Macaron Biru

10

Macaron Kuning

11

Yang ni macaron yang dah siap dibakar. fizi tak fillingkan siap-siap.. tunggu bila nak makan baru fillingkan

12

Pastu bolehlah filling kan dengan apa-apa filling yang kawan-kawan suka. fizi letak filling peanut butter ngan choc spread.