Back to Recipe Print

Recipe for "Sup Sayur Campur"


Tips

1. Tambahkan isi ayam, hirisan daging, udang atau sotong untuk menvariasikan sup ini. Boleh juga ditambah fishball & fishcake.
2. Resepi ini tidak menggunakan garam kerana kiub knorr sudah sedia masin.
3. Jika suka sup sedikit pedas, masukkan cilipadi diketuk.

Ingredients

Baby Corn 3 batang
Bunga Kobis 1 mangkuk
Lobak Merah 1/3 batang dipotong panjang
Cendawan Tiram 1 paket kecil
Batang Seleri 1/2 batang
Kiub Ayam/ikan Bilis Knorr 1 kiub
Air 3-4 cawan
Hirisan Daun Bawang Secukupnya
Bahan Tumisan
Bawang Merah 2 ulas
Bawang Putih 1 ulas
Halia Dihiris Panjang 1cm
Daun Sup (Berserta Batang) Dipotong Panjang 1 pokok (size kecil)

Instructions

1

Panaskan minyak & tumis bawang merah, bawang putih & halia. Apabila sedikit garing masukkan daun sup. Apabila layu masukkan air secukupnya.

2

Masukkan kiub, biarkan mendidih. Masukkan carrot & batang seleri. Kemudian masukkan baby corn & bunga kobis. Akhir sekali cendawan tiram.

3

Rasa & tambah garam jika perlu.

4

Hidangkan dlm mangkuk & taburkan dengan daun bawang.