Back to Recipe Print

Recipe for "Rendang Kerang Kering"


Tips

Kurangkan garam kerana kerang kering telah sedia masin.

Ingredients

Kerang Kering 400 g
Bawang Besar 2 biji
Bawang Putih 5 ulas
Kunyit Hidup 5 cm
Halia 5 cm
Serai 3 batang
Lengkuas 5 cm
Cili Kisar 1 senduk
Santan 500 ml
Kerisik 2 cmb
Daun Kunyit 1 helai
Daun Limau Purut 2 helai
Gula Merah 2 cmb
Asam Keping 3 keping
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Kerang direndam dengan air untuk melembutkan & membuang masinnya.

2

Kisar bawang besar, bawang putih, halia & kunyit. Serai & lengkuas diketuk. Daun kunyit dihiris halus, daun limau purut dibuang tulang tengah.

3

Tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan serai, cili kisar & lengkuas. Gaul rata.

4

Masukkan gula merah, asam keping & santan.

5

Masukkan kerang. Masak hingga kerang lembut & kuah memekat.

6

Masukkan daun kunyit, daun limau purut & kerisik.

7

Masukkan garam secukup rasa. Sedia dihidang.