Lapisan Bawah Hijau | |
Tepung Beras | 2 cawan |
Daun Pandan | 3 helai |
Garam | 1/2 kecil sudu teh |
Lapisan Atas Putih | |
Tepung Beras | 1 cawan |
Santan | 2 cawan |
Garam | 1/4 kecil sudu teh |
Air Gula Melaka | |
Gula Melaka | 1 batang |
Air | 1/2 besar sudu teh |
Daun Pandan | 1 helai |
Lapisan Bawah
Kisar daun pandan sehingga hancur dan tapiskan untuk dapat pati pandan
Campurkan pati pandan dengan tepung beras dan garam gaul sehingga sebati
Masak bahan campuran tadi di atas dapur gas selama lebih kurang 10-15 minit
Tuangkan bahan yg telah di masak dalam bekas dan biarkan sejuk selama 15 minit
Lapisan atas
Campurkan semua bahan lapisan atas iaitu santan, garam dan tepung beras dan gaul sebati
Masak bahan campuran tadi di atas dapur gas selama lebih kurang 10-15 minit
Tuangkan bahan yg telah di masak ke atas bekas yang disejukkan tadi dan biar sejuk 10 minit.
Air gula Melaka
Hancurkan gula melaka menjadi ketulan kecil supaya senang di cairkan
Cairkan gula melaka bersama air di atas dapur sehingga pekat
Masukan daun pandan yg telah di simpul untuk mendapat haruman pandan
Sejukan sementara dan boleh di tuang atas kuih yg di potong untuk di hidangan sarapan pagi dan minum petang