Back to Recipe Print

Recipe for "Sayur Masak Lemak"


Tips

Santan kotak lebih elok kerana tidak mudah 'pecah minyak' seperti santan segar. Pastikan juga api tidak kuat dan perlu kacau dari semasa ke semasa untuk mengelakkan santan berketul atau pecah minyak. Boleh ditukar kepada sayur kegemaran.

Ingredients

Santan Biasa/kotak 200-250 gm
Cendawan Tiram 2 paket kecil
Jagung Muda 1 paket kecil
Cili Merah 1 biji
Bawang Besar Saiz Sederhana 1 biji
Bawang Putih 2 biji
Garam Secukup rasa
Udang Basah/isi Ketam Sedikit
Air Sedikit

Instructions

1

Masukkan udang atau isi ketam yang telah dibersihkan kedalam periuk.

2

Ketuk bawang putih dan potongkan . Begitu juga potongkan bawang besar. Masukkan kedalam periuk tadi.

3

Potong cendawan, cili merah dan anak jagung secara memanjang atau mengikut kreativiti masing-masing. Tambahkan kesemua bahan ini ke dalam periuk.

4

Masukkan santan kotak. Tambahkan air sehingga sepadan dengan sayur tadi. Masukkan garam.

5

Masak diatas api yang perlahan sambil kacau dari semasa ke semasa.

6

Apabila masak, sedia untuk dihidangkan.