Back to Recipe Print

Recipe for "Quiche Sardine"


Tips

campuran susu dan telur x perlukan garam kerana inti tadi sudah masin

Ingredients

Puff Pastry Jenama Kawan 6 keping
Telur Gred A 2 biji
Susu 1 cawan
Keju Cheddar Secukupnya
Bahan-Bahan Inti
Sardin 1 tin kecil
Bawang Besar Didadu 1 biji
Halia Cincang Halus Sedikit
Bawang Putih 2 ulas
Cili Padi 3 biji
Limau Nipis 1 biji
Garam Sedikit

Instructions

Untuk inti quiche

1

Panaskan 2 camcam besar minyak masak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi.

2

Kacau rata. Masukkan sardin dan pecah-pecahkan isinya. Masak sehingga kering

3

Masukkan garam & tambahkan limau nipis. Kacau rata dan masak sekejap. Sejukkan
seketika.

1

Keluarkan kulit pastry dari freezer, biarkan pada suhu bilik selama 15 minit. Buat potongan kurang lebih 1 inci pada setiap bucu pastry

2

Lenserkan acuan muffin dengan sedikit mentega. masukkan ke dalam bekas muffin

Untuk quiche sardin

1

Panaskan oven pada suhu 190'c. Bahagikan inti quiche ke dalam acuan beralas kulit pastry tadi

2

Dalam 1 bekas lain, satukan telur dan susu, kacau hingga semua sebati.

3

Kemudian tuangkan ke dalam inti tadi. Taburkan parutan keju. Bakar selama 25 - 30 minit atau sehingga keperangan