Nasi Yang Sudah Dimasak | 2 cawan |
Ikan Bilis | Sedikit |
Cili Merah | 2-3 biji |
Bawang Putih | 3 biji |
Bawang Merah | 2 biji |
Sos Tiram | 2-3 sudu |
Daun Bawang Dan Daun Sup | Sedikit |
Telur | 2 biji |
Minyak | Untuk menggoreng |
Basuh bilis, toskan dan goreng garing. Ketepikan.
Pecahkan telur dan masukkan sedikit sahaja garam. Pukul telur dan goreng secara 'scramble egg'.
Potong kasar bawang putih, bawang merah dan cili merah. Kisar kasar atau tumbuk kesemua bahan ini.
Potong daun sup dan daun bawang mengikut saiz yang diinginkan.
Masukkan minyak ke dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
Kemudian masukkan daun sup dan daun bawang serta sos tiram. Tambahkan sedikit sahaja garam sekiranya perlu. Kacau rata.
Kemudian masukkan nasi dan bilis goreng serta telur yang digoreng tadi.
Goreng sehingga kesemua bahan sebati dan sedia untuk dihidangkan.